Tutorial myLejar : Money In & Money Out


Bagi pemilik bisnes, memantau duit masuk dan keluar adalah perkara penting untuk memastikan aliran tunai yang sihat. Di MyLejar, fungsi Money In dan Money Out memudahkan anda mencatat segala pendapatan dan perbelanjaan bisnes dalam satu platform. Dalam blog kali ini, kami tunjukkan cara untuk rekod transaksi harian anda dengan mudah dan tepat.

1. Money In (Duit Masuk)

Di bahagian Money In, anda boleh rekodkan setiap pendapatan atau jualan yang diterima, contohnya hasil jualan dari pelanggan. Anda perlu mengisi butiran penting seperti tarikh, jumlah, dan kategori pendapatan. Ini akan memudahkan anda melihat aliran duit masuk dengan lebih jelas.

2. Money Out (Duit Keluar)

Untuk Money Out pula, anda boleh catat semua perbelanjaan bisnes, seperti kos operasi, pembelian bahan, atau bayaran lain. Anda boleh memilih kategori yang sesuai untuk perbelanjaan tersebut, supaya anda boleh pantau ke mana duit bisnes anda dibelanjakan dengan tepat.

Video di bawah menerangkan langkah-langkah menggunakan fungsi Money In dan Money Out di MyLejar. Klik untuk menonton