Sebagai pemilik bisnes, penting untuk tahu prestasi kewangan setiap bulan. Dengan feature P&L Statement (Penyata Untung-Rugi) di MyLejar, anda boleh lihat ringkasan keuntungan dan kerugian bisnes anda dengan cepat dan teratur, tanpa perlu susun kiraan secara manual. Dalam video di bawah, kami akan tunjukkan cara untuk menggunakan fungsi ini bagi membantu anda membuat keputusan kewangan dengan lebih yakin.
1. Laporan Untung-Rugi Bulanan
Dapatkan gambaran jelas tentang aliran pendapatan dan perbelanjaan setiap bulan, dan lihat sama ada bisnes anda mencatat keuntungan atau kerugian.
2. Cetak & Simpan Penyata Kewangan
Setiap laporan bulanan boleh dicetak atau disimpan, memudahkan anda rujuk semula atau kongsikan dengan rakan kongsi atau akauntan. Ini sangat berguna untuk analisis kewangan jangka panjang.
3. Buat Keputusan Berdasarkan Data
Dengan P&L Statement, anda boleh memahami trend kewangan bisnes anda, mengenal pasti perbelanjaan berlebihan, dan membuat strategi untuk meningkatkan keuntungan. Semua data di hujung jari anda, tanpa perlu buat kira-kira yang rumit.
Dengan P&L Statement, anda boleh pantau prestasi kewangan bisnes setiap bulan dan membuat keputusan yang lebih bijak untuk pertumbuhan jangka panjang. Tonton video di bawah untuk panduan menggunakan feature P&L Statement di MyLejar. Video ini akan bantu anda fahami langkah-langkahnya dengan mudah dan cepat