Bagi yang baru nak mula dengan MyLejar, langkah pertama yang penting ialah setting dan kemaskini profil anda. Dalam blog ini, kami akan tunjukkan langkah demi langkah cara untuk melengkapkan profil anda dengan mudah dan cepat.
Step 1 :
Anda perlu cari di bahagian menu: Settings, dan akan ada empat component yang anda perlu isi iaitu Bank, Product, Supplier dan Customer. Mari kita lihat setiap component untuk korang lagi mudah faham.
Bank
Dalam bahagian bank , anda perlu mengisi semua info mengenai bank yang ada guna untuk bisnes anda termasuk nama bank, no account dan pemegang account. Boleh add seberapa banyak account bank yang bisnes anda ada tau!
Product
Untuk bahagian produk , adalah tempat anda record ke semua detail setiap produk yang ada. Contohnya, kalau anda ada 3 jenis produk, masukkan setiap satu maklumat produk tersebut beserta dengan harga. Jadi, mudah la untuk lihat atau update setiap produk, jika ada perubahan nanti.
Supplier
Supplier pula ialah maklumat syarikat yang anda beli bahan mentah untuk produk anda. Maklumat – maklumat berikut boleh diisi dalam ni, agar mudah untuk anda uruskan pengurusan money in dan money out nanti !
Customer
Bahagian customer, adalah tempat untuk record maklumat customer anda. Mudah untuk track jika diperlukan nanti.
Step 2 :
Update profil di Update My Profile button. Anda boleh jumpa button tersebut apabila anda right click di bahagian nama anda yang terpapar di bahagian bawah ruang dashboard myLejar. Dekat sini anda perlu masukkan semua maklumat mengenai bisnes anda untuk penyimpanan peribadi. Jangan lupa upload profile picture sekali !
Siap ! Selesai bahagian pertama.
Kalau anda masih buntu atau tak dapat, jangan risau! Kami dah sediakan video mudah di bawah untuk membantu anda setup profil dengan tepat. Klik saja video ini, dan ikut setiap langkah.