Bagi usahawan, menyediakan sebut harga yang tepat dan profesional untuk pelanggan adalah langkah penting dalam menarik keyakinan dan memulakan jualan. Dengan feature Quotation Management di MyLejar, anda boleh buat sebut harga dengan mudah dan tersusun, tanpa perlu bimbang tentang format atau kiraan manual. Kami tunjukkan cara untuk menggunakan fungsi ini dengan pantas dan efisien.
1. Buat Sebut Harga Baru
Anda hanya perlu isi butiran seperti nama pelanggan, item atau perkhidmatan yang ditawarkan, kuantiti, harga, dan diskaun jika ada. Kemudian system akan membantu anda membuat kiraan secara automatik, jadi anda tak perlu bimbang tentang pengiraan manual yang mungkin terlepas pandang.
2. Kemaskini & Simpan Quotation
Dengan MyLejar, anda boleh simpan setiap sebut harga untuk rujukan atau kemaskini di masa hadapan. Mudah jika ada perubahan dari pihak pelanggan atau anda perlu akses sebut harga lama dengan cepat.
3. Penjanaan Dokumen Profesional
Anda boleh dapatkan dokumen sebut harga yang kelihatan profesional untuk dihantar terus kepada pelanggan, lengkap dengan branding syarikat. Ini akan memberikan imej bisnes yang lebih kredibel di mata pelanggan anda.
Nak lebih mudah? Tonton video di bawah , penerangan lebih detail untuk anda!